Sunday, 10 May 2015

Pokok dan perilaku

Rajah 1. 4 imej pokok
Pokok. Ujian BAUM adalah ujian tentang pokok.

Soalan: 1. Lukiskan sejenis pokok (bebas)
2. Lukiskan pokok (yang sama tau berlainan) yang lebih cantik daripada pokok pertama lukisan anda.
3. Lukis pokok yang anda cipta sendiri (gunakan imaginasi sendiri)
4. Lukiskan pokok yang tidak ada di dalam bumi kita.

Masa: 2 hingga 5 minit.

Berdasarkan Rajah 1, ada empat pokok yang telah dilukis responden. Pokok pertama ialah pokok kektas, pokok ke2 ialah pokok bunga raya. Pokok ke 3 ialah pokok yang bersimbolkanSM dan pokok keempat adalah imej pokok yang mempunyai simbol yang sama SaM.

Gambaran awal yang dapat diterjemahkan daripada empat imej pokok seperti lukisan responden ialah pertama pokok kektes. Pokok berduri yang besar. Pokok ini menjadikan duri sebagai pelindung diri. Ia tidak mudah didekati atau diusik oleh musuhnya. Maksud yang lebih hampir ialah individu ini adalah seorang yangberkeperibadian sangat berhati-hati atau 'protektif'...sangat melindungi diri dan tidak membenarkan orang lain untuk merapati dirinya. Orang seperti ini selalunya lebih bersifat pendiam dan egoistik Tertutup dan tidak mahu menerima pendapat orang lain. Namun ini dulu. Bermaksud sebelum melakukan ujian personaliti BAUM ini.

Kalau dirujuk kepada pokok ke2, keadaannya amat berubah. Jika dalam gambar pertama ia bersifat tertutup namun pada pokok kedua iaitu situasi sekarang. Gambaran yang diberikan berbeza kerana beliau sekarang  melukis imej bunga raya  yang besar bagi menunjukkan yang dirinya memerlukan perhatian.Ia juga menghantar maksud bahawa sekarang ia 'happy'.

Perhatikan pokok ke3. Ia pokok SaM. Baragkali itu singkatan nama beliau. Pokok diri sendiri. Apa maksudnya....mudah sahaja. Ia hanya memikirkan dirinya sahaja. Kalau ini betul, bererti dalam diri beliau ialah tidak ada orang lain kecuali diri sendiri dan pokok 1 adalah jelas sebagai personaliti beliau yang paling tepat. Sehinggakan imek pokok 4 masih tentang diri beliau pokok itu berbunga satu...masih mahupan atau mengutamakan perhatian dan perhatian itu tidak tentang orang lain tetapi tentang pokok SaM.

Rumusnya, personaliti responden ini sangat tertumpu kepada individualistik. Ia hanya terfokus pada kehendak dirinya sahaja. Ia seorang yang tertutup dan memerlukan ruang untuk membuka dirinya kepada orang lain. Apa yang diperlukan hanyalah berkisar dengan kepentingan dirinya sahaja. Cita-cianya juga masih berkisar tentang dirinya. Untuk mendekati responden memerlukan ice breaking yang kuat. Program pembersihan hati dan pemecahan kongkongaa minda yang lanjut. Program Anakku Sayang adalah program yang dicadangkan untuk memecahkan personaliti beku seperti ini.

No comments:

Post a Comment