Menggunakan lukisan bagi mengenalpasti tahap stress atau tekanan seseorang mempuyai signifikannya yang tersendiri. Ia tidak sama dengan pendekatan menggunakan soalan bagi meneroka tahap stress seseorang. Saya suka menggunakan pedekatan lukisan kerana tidakbanyak komunikasi verbal diperlukan untuk membolehkan saya mengekses tahap stress seseorang. Komunikasi langsung boleh doperolehi menerusi hasil lakaran mereka. Hanya sedikit soal jawab diperlukan dantidak juga memerlukan proses penapisan bagi mengenalpasti elemen yag tidak diperlukan atau menolak elemen palsu yag diberikan oleh responden.
![]() |
Rajah 1. Orang sedang berhujan |
Berdasarkan Rajah 1, beberapa kriteria perlu dikenalspati sebagai objek fokus iaitu imej orang dan imej hujan itu sendiri. Riingkasnya imej orang dilukis dengan sempurna dan bukan orang lidi. Hujan juga dilukis dengan jelas iaitu titik2 hujan dilukis dengan jelas dan keras. Terdapat objek tambahan selain orang dan hujan iaitu imej awan tebal dan juga lopak-lopak air di bahagian permukaan bumi.
Hujan lebat menunjukkan responden sedang berada dalam keadaan stress dan ini merupakan gambaran awal berkaitan resonden kajian. Beliau sedang berada dalam situasi stress. Jika hujan sebagai stress, kelebatannya atau intensitinya adalah tahap stress dan intensiti ditunjukkan dengan imej garis atau titik hujan yang lebat. Garis atau titik yang tebal juga menunjukkan aras stress seseorang. Berdasarkan Rajah 1. aras stress responden adalah tinggi. Kemudian jika dilihat pada imej tambahan iaitu awan tebalatau mendung dapat dihuraikan sebagai penanggungan beban stress yang berpanjangan kerana mendung atau awan adalah sumber air hujan yang berterusan.
Uniknya ialah orang yang dilukiskan tidak menunjukkan ia sedang stress apabila berada dalam hujan, sebaliknya ia sedang menikmati hujan tersebut. Oleh itu menilai orang dalam hujan perlu dilakukan dengan hati-hati. Alasannya anak-anak memang suka main hujan, oleh itu imej orangyang 'happy' bermain hujan boleh dlihat dalam karekter Rajah 1. Jika begitu responden suka dengan hujan atau menasfitasinya ialah responden suka dengan stress, Maksudnya orangini memang suka hidup dalam keadaan stress dan ia mengganggap stress itu sebagai cabarann yangperlu ditempuhi atau hadapi dengn sihat. Rasional kepada sikap suka kepada stress ialah sesetengah orang mengganggap tekanan sebagai motivasi untuk ia terus ia 'move on' atau terus hidup dan berkerjaya. Oleh itu apabila perilaku responden yang seakan-akan menari-nari dalam hujan menunjukkan ia 'enjoy' dengan tekanan yang sedang ia hadapi. Sikap ini menjadikan orang ini mampu hidup dengan lebih proaktif. Ia tidak memerlukan payung untuk menghadapi stress.
Rumusnya, responden adalah seorang yang berpersonaliti positif dan mempunyai kekuatan mental dan kalbu yang kuat untuk berhadapan dengan stress atau tekanan. Ia akan berhadapan dengantekanan dengan hati yang seronok tak kita berapa berat tekanan atau stress yang terpaksa ia hadapi.
No comments:
Post a Comment