Sunday, 10 May 2015

Analisis Personaliti Orang Dewasa

Melukis orang dalam hujan cukup relevan bagi mengetahui tahap stres pelbagai golongan usia dan dalam kes kali ini perbincangan akan terfokus kepada kes orang dewasa yang telah berkerjaya.
Rajah 1. Orang dalam hujan
Soalan masih sama iaitu lukiskan orang sedang berhujan atau dalam keadaan hujan. Masa yang diperlukan untuk menyiapkan lukisan ini ialah 2 hingga 5 minit.

Hasil lukisan yang diperolehi adalah seperti Rajah 1. Berdasarkan rajah tersebut terdapat dua objek utama yang menjadi tumpuan ulasan lukisan projektif ini. Pertama ialah objek orang dan yang ke 2 ialah omej hujan itu sendiri. Tidak ada imej tambahan dalam lukisanyang dihasilkanoleh responden.

Orang yang dilukis ialah orang lidi atau 'stick man'. Bermaksud orang tersebut memiliki kepala yang besar dan yang lainnya dilukis dalam bentuk garisan. Imej berada ditengah-tengah kertas lukisan dan bergerak menghindari hujan. Maknanya orang ini berjalan dalam hujan. Riak wajahnya tidak menunjukkan stress sebaliknya tersenyum gembira dan menikmati hujan tersebut. Tidak ada unsur stress dalam mengharungi situasi hujan. Melangkah juga dengan bergaya dan tidak kesejukan.

Apakah karekter sebenar pelukis ini. Ia tidak menganggap hujan sebagai stress sebaliknya lebih kepada suatu anugerah tuhan yang perlu dinikmati dengan seikhlasnya. Begitu juga dengan striess pada satu saat ia perlu ditempu dengan seadanya dan menghargai 'stress' atau tekananitu sebagai suatu anugerah. Tempuhi dan lalui stress  dengan bergaya sekali.

Imej hujan yang dilukis oleh responden adalah hujan lebat. Tekanan pada pen begitu jelas di sebelah kanan dan kiri responden Kalau imeh hujan dilakar dengan jelas dan tebal ia menunjukkan tekanan memang wujud. Bahkan tekanan atau stress itu cykyp menebal. Namun ia dapat dilalui oleh responden dengan tenang dan bergaya. "dangger is my business' adalah reson terawal res;ponden apabil ditanya tahap stress yang dihadapinya. Gambar dalam Rajah 1 membuktikannya. I amenghadapi stress dengantenang dan tidak gelojoh untuk menyelesaikannya. Justeru keseronokannya menjadikan stress sebagai daya motivasi kerja beliau, maka imej payung atau yangbermaksud seumpamanya tidak diperlukan dalam hidup responden. Tidak mengira berapa besar stress yang dihadapinya persiapan itu sudah mapir tidak diperlukan olehnya langsung.

Pokok dan perilaku

Rajah 1. 4 imej pokok
Pokok. Ujian BAUM adalah ujian tentang pokok.

Soalan: 1. Lukiskan sejenis pokok (bebas)
2. Lukiskan pokok (yang sama tau berlainan) yang lebih cantik daripada pokok pertama lukisan anda.
3. Lukis pokok yang anda cipta sendiri (gunakan imaginasi sendiri)
4. Lukiskan pokok yang tidak ada di dalam bumi kita.

Masa: 2 hingga 5 minit.

Berdasarkan Rajah 1, ada empat pokok yang telah dilukis responden. Pokok pertama ialah pokok kektas, pokok ke2 ialah pokok bunga raya. Pokok ke 3 ialah pokok yang bersimbolkanSM dan pokok keempat adalah imej pokok yang mempunyai simbol yang sama SaM.

Gambaran awal yang dapat diterjemahkan daripada empat imej pokok seperti lukisan responden ialah pertama pokok kektes. Pokok berduri yang besar. Pokok ini menjadikan duri sebagai pelindung diri. Ia tidak mudah didekati atau diusik oleh musuhnya. Maksud yang lebih hampir ialah individu ini adalah seorang yangberkeperibadian sangat berhati-hati atau 'protektif'...sangat melindungi diri dan tidak membenarkan orang lain untuk merapati dirinya. Orang seperti ini selalunya lebih bersifat pendiam dan egoistik Tertutup dan tidak mahu menerima pendapat orang lain. Namun ini dulu. Bermaksud sebelum melakukan ujian personaliti BAUM ini.

Kalau dirujuk kepada pokok ke2, keadaannya amat berubah. Jika dalam gambar pertama ia bersifat tertutup namun pada pokok kedua iaitu situasi sekarang. Gambaran yang diberikan berbeza kerana beliau sekarang  melukis imej bunga raya  yang besar bagi menunjukkan yang dirinya memerlukan perhatian.Ia juga menghantar maksud bahawa sekarang ia 'happy'.

Perhatikan pokok ke3. Ia pokok SaM. Baragkali itu singkatan nama beliau. Pokok diri sendiri. Apa maksudnya....mudah sahaja. Ia hanya memikirkan dirinya sahaja. Kalau ini betul, bererti dalam diri beliau ialah tidak ada orang lain kecuali diri sendiri dan pokok 1 adalah jelas sebagai personaliti beliau yang paling tepat. Sehinggakan imek pokok 4 masih tentang diri beliau pokok itu berbunga satu...masih mahupan atau mengutamakan perhatian dan perhatian itu tidak tentang orang lain tetapi tentang pokok SaM.

Rumusnya, personaliti responden ini sangat tertumpu kepada individualistik. Ia hanya terfokus pada kehendak dirinya sahaja. Ia seorang yang tertutup dan memerlukan ruang untuk membuka dirinya kepada orang lain. Apa yang diperlukan hanyalah berkisar dengan kepentingan dirinya sahaja. Cita-cianya juga masih berkisar tentang dirinya. Untuk mendekati responden memerlukan ice breaking yang kuat. Program pembersihan hati dan pemecahan kongkongaa minda yang lanjut. Program Anakku Sayang adalah program yang dicadangkan untuk memecahkan personaliti beku seperti ini.
Mengenalpasti Tekanan atau Stress.

Menggunakan lukisan bagi mengenalpasti tahap stress atau tekanan seseorang mempuyai signifikannya yang tersendiri. Ia tidak sama dengan pendekatan menggunakan soalan bagi meneroka tahap stress seseorang. Saya suka menggunakan pedekatan lukisan kerana tidakbanyak komunikasi verbal diperlukan untuk membolehkan saya mengekses tahap stress seseorang. Komunikasi langsung boleh doperolehi menerusi hasil lakaran mereka. Hanya sedikit soal jawab diperlukan dantidak juga memerlukan proses penapisan bagi mengenalpasti elemen yag tidak diperlukan atau menolak elemen palsu yag diberikan oleh responden.


 Rajah 1. Orang sedang berhujan
Jika dirujuk Rajah 1. Sesi dimulakan dengan meminta responden melukiskan gambaran tentang beliau sedang berhujan. Soalannya, lukiskan diri anda sedang berhujan atau sedangberada dalam situasi hujan. Masa yang diberikan ialah antara 2 hingga 5 minit.  Maklumat tambahan yang perlu ditulis ialah umur. Sebagai contoh bagi kes Rajah 1, umur respondenialah 12 tahun, dan bakal menduduki ujian UPSR dalam tempoh terdekat.

Berdasarkan Rajah 1, beberapa kriteria perlu dikenalspati sebagai objek fokus iaitu imej orang dan imej hujan itu sendiri. Riingkasnya imej orang dilukis dengan sempurna dan bukan orang lidi. Hujan juga dilukis dengan jelas iaitu titik2 hujan dilukis dengan jelas dan keras.  Terdapat objek tambahan selain orang dan hujan iaitu imej awan tebal dan juga lopak-lopak air di bahagian permukaan bumi.

Hujan lebat menunjukkan responden sedang berada dalam keadaan stress dan ini merupakan gambaran awal berkaitan resonden kajian. Beliau sedang berada dalam situasi stress. Jika hujan sebagai stress, kelebatannya atau intensitinya adalah tahap stress dan intensiti ditunjukkan dengan imej garis atau titik hujan yang lebat. Garis atau titik yang tebal juga menunjukkan aras stress seseorang. Berdasarkan Rajah 1. aras stress responden adalah tinggi. Kemudian jika dilihat pada imej tambahan iaitu awan tebalatau mendung dapat dihuraikan sebagai penanggungan beban stress yang berpanjangan kerana mendung atau awan adalah sumber air hujan yang berterusan.

Uniknya ialah orang yang dilukiskan tidak menunjukkan ia sedang stress apabila berada dalam hujan, sebaliknya ia sedang menikmati hujan tersebut. Oleh itu menilai orang dalam hujan perlu dilakukan dengan hati-hati. Alasannya anak-anak memang suka main hujan, oleh itu imej orangyang 'happy' bermain hujan boleh dlihat dalam karekter Rajah 1. Jika begitu responden suka dengan hujan atau menasfitasinya ialah responden suka dengan stress, Maksudnya orangini memang suka hidup dalam keadaan stress dan ia mengganggap stress itu sebagai cabarann yangperlu ditempuhi atau hadapi dengn sihat. Rasional kepada sikap suka kepada stress ialah sesetengah orang mengganggap tekanan sebagai motivasi untuk ia terus ia 'move on' atau terus hidup dan berkerjaya. Oleh itu apabila perilaku responden yang seakan-akan menari-nari dalam hujan menunjukkan ia 'enjoy' dengan tekanan yang sedang ia hadapi. Sikap ini menjadikan orang ini mampu hidup dengan lebih proaktif. Ia tidak memerlukan payung untuk menghadapi stress. 

Rumusnya, responden adalah seorang yang berpersonaliti positif dan mempunyai kekuatan mental dan kalbu yang kuat untuk berhadapan dengan stress atau tekanan. Ia akan berhadapan dengantekanan dengan hati yang seronok tak kita berapa berat tekanan atau stress yang terpaksa ia hadapi.

Tuesday, 6 January 2015

Personaliti Pasca Banjir

Banjir merupakan satu musibah. Musibah yang dilihat daripada satu sudut negatif hujan yang diturunkan Allah swt ke muka bumi. Banjir daripada satu sudut membarikan terlalu banyak perkara duka kepada mereka yang mengalaminya sendiri seperti yang berlaku di seluruh negara, khususny adi Kelantan, Terengganu dan Pahang. Sebut apa sahaja impak buruk yang menimpa mereka, semuanya ada. Bermula daripada rumah ditengelami air dengan pantas, terpaksa berpindah ke bukit atau pusat pemindahan, terputus bekalan makanan sehingga seminggu dan bila keadaan kembali surut, mereka mendapati rumah-rumah mereka serta segala isi didalamnya hilang menjadi padang jarak padang terkukur.

Apa lagi yang dapat mereka rasakan. Apa lagi yang dapat mereka fikirkan dan apa lagi ikhtiar yang dapat mereka lakukan. Yang tinggal hanya tangga, yang tinggal hanya dinding bahkan yang tinggal hanya sisa tiang rumah di tapak yang sebelumny amenjadi tempat tidur dan rehat mereka. Tiada dapur untuk memasak, tiada kamar untuk tidur atau berehat dan tiada atap atau dinding untuk berteduh bahkan tiada sejadah untuk mengadu nasib pada Allah swt. Kereta kami entah kemana, motosikal kami sudah lama tidak ada, basikal kami pun dihanyut banjir entah kemana.

Trauma tahap apa yang harus kita labelkan kepada mangsa banjir ini. Jika gambar yang ditatap sudah cukup meruntun jiwa, jika tangisan sudah tidak membawa apa-apa makna dan jika memek muka sudah tiada emosi untuk dikongsi, trauma tahap apa yang sedang mereka alami sekarang ini. Beras sudah tiba begitu juga gula dan garam serta makanan segera yang entah berapa jenis semuanya telah mereka terima. Baju serta pelbagai jenis pakaian baru mahupun terpakai sudah melata, semuanya sudah mereka terima. Tetapi bagaimana mahu memasaknya jika elektrik dan air masih belum pulih sepenuhnya. Haruskah mereka menggunakan air sungai yang masih merah buat sekian lamanya atau membiarkan ia begitu sahaja. Bahan mentah ada tetapi dapur tiada, dapur ada tetapi gas pula mahal tidak terkata. Jika dapur dan gas ada, di manapula hendak memasaknya kerana rumah sudah rebah dan hilang entah ke mana.

Sekarang mereka membekalkan khemah kecil sama seperti anak-anak sekolah pergi camping atau pergi kem-kem motivasi. Khemah ini hanya sesuai untuk tinggal sehari dua tetapi bukan untuk bermestautin selamanya. Khemah sempit hanya sesuai untuk suami isteri sahaja tetapi bagaimana jika kami ada ramai ahli keluarga. Khemas seperti ini lantainya hanya beralas kanvas bukan kayu papan untuk selesa berbaring, khemah ini banyak tali temalinya, bagaimana ia boleh selesa untuk anak-anak bermain. Khemah ini hanya untuk ruang tidur bukan ruang bermain. Khemah ini hanya penginapan sementara tetapi bilakah rumah kami dapat kami bina kerana kami tidak mampu untuk membiayainya lagi. Khemah ini tidak ada tempat untuk memasak, tidak juga ada tempat untuk menyimpan barang apatah lagi tempat untuk menyimpan beras dan barangan sumbangan orang ramai. Khemah ini tandasnya jauh sekali, begitu juga tempat mandi. Namun itulah yang ada untuk segelintir kami buat masa ini.